Kelahiran
secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini.
Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang
kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara
normal.
Ada
juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu
mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya
kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta
mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.
Akibat
kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang
bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam
pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan
rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang
dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga
lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu
bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan
itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara
normal.
Ibu yang bersalin secara pembedahan
perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya
50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana
keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran
ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti
bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta
anggun daripada gadis!.
Penjagaan
Dan Rawatan Luaran
Mereka
yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan
penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan
tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal
kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami
penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme.
Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering
dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan
ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.
Lazimnya
ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal,
terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional
harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan
ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat
peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat
mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu
mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.
Panduan
Cucian Bahagian Sulit
Ibu
bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit
sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada
luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan
kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan
kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran
tisu-tisu faraj.
Panduan
Rawatan Tuaman Batu Atau Besi
Rawatan
tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan
aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi
sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan
tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka
pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut
tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.
Panduan
Mandian
Sebelum
mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu,
lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa
kini.
Panduan
Berbarut Atau Berbengkung
Ibu
dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan
berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan
strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas
bersalin.
Mula-mula
sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian
pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu
berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.
Selepas
ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder.
Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara
normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga
digunakan barut sehingga 100 hari.
Tujuan
berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan
memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat
dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan
dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan,
ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas
tempoh berpantang kelak.
Tanpa
rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut
buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau
pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan
dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit,
lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.
Ini
mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau
melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan
merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan
melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi
lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya
mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan
dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.
Sebagai renungan:
Soalan: Mana lebih baik; Jamu atau Vitamin?
Jawapan:
1. Vitamin lebih baik kerana ia lebih ringkas…dan badan kita hanya kenal nutrien yang ringkas cthnya berbanding buah limau dan vitamin C, vitamin c lebih dikenali oleh sistem badan. Jamu adalah kompleks dan memerlukan masa utk penguraian maka khasiatnya agak lambat diserap…lagi satu mungkin ada bhn lain yang ditambah yang tidak diketahui..
2. Kita mencari makanan kepada sel. Sel hanya menyerap vitamin. Dalam jamu ada kandungan vitamin tetapi sel perlu bekerja keras untuk merungkai vitamin yang terdapat dalam jamu. Berbanding jika hanya makan vitamin semata-mata….maka sel mudah menyerap dan menjimatkan masa.
Jawapan:
1. Vitamin lebih baik kerana ia lebih ringkas…dan badan kita hanya kenal nutrien yang ringkas cthnya berbanding buah limau dan vitamin C, vitamin c lebih dikenali oleh sistem badan. Jamu adalah kompleks dan memerlukan masa utk penguraian maka khasiatnya agak lambat diserap…lagi satu mungkin ada bhn lain yang ditambah yang tidak diketahui..
2. Kita mencari makanan kepada sel. Sel hanya menyerap vitamin. Dalam jamu ada kandungan vitamin tetapi sel perlu bekerja keras untuk merungkai vitamin yang terdapat dalam jamu. Berbanding jika hanya makan vitamin semata-mata….maka sel mudah menyerap dan menjimatkan masa.
Kini ada pilihan yang lebih mudah untuk ibu-ibu terutama yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.
Set C atau set confinement, kini bukan sahaja set bersalin/berpntang, malah mempunyai banyak kegunaan:-
- Berpantang
- Selepas Pembedahan (apa jua pembedahan)
- Rambut Gugur
Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:
- VITA-LEA (mengandungi 12 vitamin & 7 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh seimbang. perlu kerana ianya mempunyai iron formula yg sgt dperlukan oleh tubuh, terutamanya bg ibu yang banyak kehilangan darah selepas bersalin)
- B COMPLEX (rumusan vit B1, B2, B3, B6, B12, asid folik dan Biotin. penting utk elakkan kemurungan – meroyan, sbg penenang (anti-stres) dan penstabil hormon)
- VITA C (penting utk pembentukan kolagen, mempercepatkn penyembuhan luka dan memperbaiki tisu sel yg rosak akibat bersalin)
- ZINC COMPLEX (membantu mpercepatkan baik pulih luka, terutamanya luka di dalam – utk rahim)
Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. Set Confinement membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.
Pengamal Set Confinement/ Berpantang/ Bersalin ini juga boleh mengambil supplemen di bawah sebagai add-on untuk persediaan penyusuan bayi:
- LECITHIN
- ALFALFA
- ENERGIZING SOY PROTEIN
- OMEGA GUARD
- OSTEMATRIX
Jom kita tengok testimonial pengguna
Testimonial 1 :
Testimoni 2:
Testimoni 3 :
Testimoni 4 :
Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang! Set bersalin pastinya teman baru yang digemari ^___^
Untuk para suami, pilihlah set bersalin terbaik untuk isteri anda.
Happy mama, happy baby, happy daddy!
Untuk dapatkan produk ini, boleh hubungi saya melalui :
Call/whatsapp : 013 -399 0204
Emel : farhana.baharuddin@gmail.com
Add Fb : Fara Faiz untuk terus berchatting dengan saya berkenaan produk2.
Likes fanpages : Kedai Vitamin Saya untuk dapatkan INFO PERCUMA dan HARGA ISTIMEWA










Posted in: 
