Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir
merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana
Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk
kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.
Mungkin
sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait
rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau
pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007
(Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal
lagi beliau masih kekal tip-top bergiat
aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa
konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga
tampak begitu?
5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr.
Mahathir
1 – Tidak
menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan
“sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100%
daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah
diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga
pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).
2 – Tidak
minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan
secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan
Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

5 - Tidur
secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat..
tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak
(mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit)
kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..”
– Tun Dr. Mahathir Mohamad
Itu
tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang
diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh
ditonton di sini.
Aku sama sekali bersetuju dengan 5
amalan tersebut. Cuma yang menjadi persoalan di sini ialah, mengapa Tun tidak
menyelitkan “bersenam secara berterusan” ke dalam 5 amalan tersebut? Adakah ia
membawa maksud Tun tidak/jarang sekali bersenam ketika zaman kerjayanya? Hmm.
SS tidak berfikir begitu. Apa pula pendapat anda?
Nak dapatkan Multivitamin Shaklee boleh hubungi :
Call/Whatsapp : 013 - 399 0204
Emel : farhan.baharuddin@gmail.com
Add Fb : Fara Faiz untuk terus berchatting dengan saya tentang pertanyaan produk.
LIKE fanpages : Kedai Vitamin Saya untuk dapatkan promosi, harga istimewa serta info-info percuma dari saya.

Posted in: 