CERAI SUSU - BAGAIMANA CARANYA?


1. Kurangkan penyusuan. Setiap kali anak ingin menyusu, cuba alihkan perhatian kepada perkara lain terlebih dahulu. Mungkin beri mainan, atau bacakan buku atau apa sahaja yang Wana boleh lakukan.

2. Jangan tawarkan susu, tetapi jangan tolak jika dia mahu menyusu. Eh, sudah berlawan pula dengan item no. 1 tadi? Kadang-kadang, ibu secara tidak sedar akan menawarkan susu. Hal ini boleh dikawal kerana ia bergantung kepada ibu terutamanya ibu yang berazam untuk menceraikan susu. Namun, sekiranya anak meminta untuk menyusu, cuba lakukan langkah 1 dahulu dan jika tidak berjaya barulah boleh menyusukan anak itu.

3. Kurangkan waktu penyusuan secara berperingkat. Mungkin anda boleh mulakan dengan kurangkan penyusuan pada waktu siang. Sibukkan anak dengan bermain supaya dia leka (langkah 1). Secara berperingkat, lanjutkan pula kepada waktu malam. Anak pada usia 3 tahun sudah boleh faham arahan dan penjelasan. Maka kita bolehlah jelaskan padanya waktu-waktu yang dibenarkan untuk menyusu direct.

4. Pakai pakaian yang sukar untuk menyusukan anak. Jika anda sering pakai nursing bra, mungkin anda boleh mula menggunakan bra biasa.

5. Jika ada spot menyusu dirumah, elakkan untuk duduk di tempat itu. Contohnya dirumah sering menyusu disatu kerusi/sofa tertentu. Mungkin boleh beralih tempat duduk. Jika sering menyusu ketika baring, kurangkan berbaring (susahnya kan sebab kita pun mahukan rehat juga). Tapi ini semua hanya sementara sahaja.

6. Cuba gunakan teknik Sichida. Bercakap dengan anak pada waktu anak tidur. Apabila anak baru lelap/tidur atau tidur=tidur ayam, Wana boleh bisikkan ditelinganya dan beritahu perkara-perkara yang Wana harap dia buat. Ia boleh juga digunakan untuk anak-anak yang lain bagi perkara-perkara yang lain juga. Biasanya perkara yang dibisikkan pada waktu ini akan kekal dalam ingatan anak-anak.

7. Doa banyak-banyak dan mohon pada Allah swt supaya dipermudahkan urusan menceraikan susu pada anak. Doa senjata orang Islam yang paling kuat, dan Allah swt sangat suka pada hambaNya yang berdoa. Jadi Allah swt sahaja yang boleh bantu kita disaat kita rasa tidak berdaya dan berupaya.

8. Teknik meletakkan sesuatu pada badan ibu, seperti kopi, sos, dan sebagainya boleh berjaya pada sesetengah anak terutama anak yang lebih kecil, tetapi seorang rakan memberi saya tips untuk menyapu sedikit buat tunjuk langit Ia perlu dilakukan dengan perlahan-lahan supaya ia menjadi satu pengalaman dan proses yang aman kepada semua.

Selamat berjaya.

Sumber : byc.com.my/

APA ITU PENYAKIT SLE

lupus (sistemik lupus eritomasus)

Penyakit lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah penyakit autoimun di mana sistem kekebalan tubuh keliru menyerang jaringan sehat. Hal ini menyebabkan peradangan kronis jangka panjang. Dari segi bahasa, Eritematosus artinya kemerahan, sedangkan sistemik berarti tersebar luas diberbagai organ tubuh, tetapi dalam pembicaraan sehari-hari SLE disebut lupus saja (Philips, 1996; Heru, 2002).

Mengenal Sekilas tentang Penyakit Lupus

Tubuh manusia telah dirancang untuk mekanisme pertahanan (kekebalan/imunitas) dari serangan penyakit dan menjaganya agar tetap sehat. Namun, pada penyakit ini kekebalan tubuh justru menyerang organ tubuh yang sehat.

Penyakit Lupus disinyalir berhubungan dengan sistem imunologi yang berlebihan. Tubuh manusia memiliki antibodi yang berfungsi menyerang sumber penyakit yang hendak memasuki tubuh. Akan tetapi, pada penyakit Lupus ini antibodi yang terbentuk dalam tubuh muncul berlebihan sehingga yang terjadi adalah antibodi tersebut justru menyerang sel-sel organ tubuh yang sehat (autoimunitas) .

Penyakit Lupus ini setidaknya terdiri dari 3 jenis yaitu:
  1. Cutaneus lupus atau seringkali disebut discoid . Penyakit ini hanya menyerang bagian kulit saja. Ditandai dengan gejala-gejala: adanya ruam yang muncul didaerah leher, kulit kepala atau bahkan ruam pada seluruh tubuh, salah satu bagian tubuh dan atau seluruh tubuh berwarna merah sampai bersisik, kadang-kadang sampai gatal dan hampir semua golongan ini akan berubah menjadi sistemik.
  2.  Sistemik lupus yaitu penyakit lupus yang menyerang organ tubuh seperti: persendian, otak/saraf, darah, pembuluh darah, paru-paru, ginjal, jantung, hati dan mata. Penyakit ini adalah tahap penyakit lupus yang sangat berat karena jenis ini menyerang organ-organ vital baik satu dan atau beberapa organ vital lainnya.
  3. Drug Induced Lupus (DIL) yang timbul setelah sering menggunakan obat-obat tertentu. Obat-obat antibiotik seperti golongan sulfa, obat-obat antituberkulosa seperti INH, golongan obat hydralazin untuk hipertensi dan golongan obat prokainamid untuk jantung, namun untuk beberapa tahun terakhir ini obat hydrlazin dan prokainamid sudah jarang sekali dipakai.
Umumnya prevalensi penyakit ini lebih sering terjadi pada wanita dibandingkan pria. Hal ini dapat terjadi pada usia berapapun, tetapi paling sering muncul pada orang  antara usia 10 dan 50, dengan mayoritas penderita berasal dari ras Afrika, Amerika dan Asia daripada ras lain.

Gejala-Gejala Penyakit Lupus (SLE)

Gejala penyakit SLE bervariasi dari orang ke orang. Kebanyakan mengalami nyeri sendi dan bengkak, dan bisa berkembang ke arah arthritis. Sendi yang sering terkena adalah jari, tangan, pergelangan tangan, dan lutut.Selain itu penderita juga mengalami:
  • Ruam kulit – sebuah “kupu-kupu” ruam di pipi dan jembatan hidung mempengaruhi sekitar setengah dari orang dengan SLE. Ruam semakin parah di bawah sinar matahari. Ruam juga dapat meluas.
  • Nyeri dada saat mengambil napas dalam
  • Kelelahan
  • Demam
  • Mengalami ketidaknyamanan, kegelisahan, atau perasaan sakit (malaise)
  • Rambut rontok
  • Luka pada mulut
  • Sensitif terhadap sinar matahari
  • Pembengkakan kelenjar getah bening

Gejala lain tergantung pada apa bagian tubuh yang terkena:
  • Otak dan sistem saraf:  sakit kepala, mati rasa, kesemutan, kejang, masalah penglihatan, perubahan kepribadian
  • Saluran pencernaan: nyeri perut, mual, dan muntah
  • Jantung: ritme jantung abnormal (aritmia)
  • Paru-paru: batuk darah dan kesulitan bernapas
  • Kulit: warna kulit tidak merata, jari-jari yang berubah warna saat dingin (fenomena Raynaud). Sebagian penderita hanya memiliki gejala-gejala kulit. Hal ini disebut lupus discoid.
Sementara itu menurut pedoman diagnosis SLE dari American Rheumatism Association (ARA). Diagnosis lupus adalah berdasarkan adanya 4 dari 11 gejala lupus yang khas, yaitu:
  1. Ruam kupu-kupu pada wajah (pipi dan pangkal hidung)
  2. Ruam pada kulit
  3. Luka pada mulut (biasanya tidak menimbulkan nyeri)
  4. Cairan di sekitar paru-paru, jantung, dan organ lainnya
  5. Artritis (artritis non-erosif yang melibatkan 2 atau beberapa sendi perifer, dimana tulang di sekitar persendian tidak mengalami kerusakan)
  6. Kelainan fungsi ginjal, dimana kadar protein dalam air kemih >0,5 mg/hari atau +++,
  7. Adanya elemen abnormal dalam air kemih yang berasal dari sel darah merah/ putih maupun sel tubulus ginjal
  8. Fotosensitivitas (peka terhadap sinar matahari, menyebabkan pembentukan atau semakin memburuknya ruam kulit)
  9. Kelainan fungsi saraf atau otak (kejang atau psikosa)
  10. Hasil pemeriksaan darah positif untuk antibodi antinuklear
  11. Kelainan imunologis (hasil positif pada tes anti-DNA rantai ganda, tes anti-Sm, tes antibodi antifosfolipid; hasil positif palsu untuk tes sifilis)
  12. Kelainan darah, dimana terjadi anemia hemolitik, penurunan jumlah sel darah putih (lekopenia)

RAHSIA TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU


1. Kerapkan Menyusu

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.


 2. Jangan tunggu payu dara penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

 3. Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

 4. Penyusuan Dua kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

 5. Bogelkan Bayi  

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

 6. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

 7. Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

 8. Fikir Bayi, Fikir Susu Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming.

Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

 9. Urutan

Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam.


 10. Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu.

Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

TIPS MEMUJUK BABY UNTUK MENYUSU SECARA DIRECT (SECARA LANSUNG)

Hi Mommies...Ini lagi satu masalah yang ramai ibu alami. Baby tidak mahu menyusu secara direct, atau kata lain, tak nak menyusu badan. Contoh situasi baby tidak mahu menyusu badan adalah :-

  • Bayi baru lahir; masih belajar bagaimana nak menyusu  
  • Bayi yang sebelum ini telah cerai susu tapi siibu ingin breastfeed lagi  
  • Bayi yang memang tidak mahu menyusui badan walaupun telah dipegang pada posisi menyusu
  • Bayi yang mempunyai masalah 'nipple confusion' (keliru dengan puting botol dan puting payu dara)
  • Bayi 'fussy nurser'(bayi yang cerewet dalam menyusu)  
  • Bayi sedang 'nursing strike' (tiba-tiba tidak mahu menyusu)

Jangan risau ya ibu-ibu, jika anda mengalami masalah ini, perkara ini boleh diselesaikan cuma memerlukan masa dan kesabaran.

Sebelum saya mula dengan tips-tips ini, terdapat 2 perkara yang sangat penting yang perlu dipatuhi iaitu:-

1) Sekiranya baby tidak mahu menyusu secara direct, pastikan baby diberi minum susu dengan cara lain. Jangan biarkan baby kelaparan kerana ini membawa kepada kemudaratan. Sebaik-baiknya berilah susuibu, dan kalau boleh guna sudu atau srynge.

2) Pastikan anda terus mengepam untuk memastikan penghasilan susuibu tidak berkurang.

TIPS-TIPS MEMUJUK BABY UNTUK MENYUSU SECARA DIRECT (SECARA LANSUNG)

Matlamat anda adalah untuk memujuk bayi ke payudara. Jangan cuba untuk memaksa bayi anda untuk menyusu lansung dari payudara kerana ini tidak berfungsi, membuat bayi stress, dan boleh   meyebabkan kebencian kepada payudara.

1) Pakai baju yang mudah akses pada payudara. Bayi mungkin akan menjadi tidak sabar biar pun beberapa minit sahaja siibu menyelak baju dan membuka klip bra menyusu. Jika boleh luangkan masa di tempat dimana ibu dan bayi tidak memakai baju dari pinggang keatas. Pastikan suhu bilik adalah sesuai ya.

2) Banyakkan sentuhan kulit ke kulit kerana ini boleh membantu dalam penyusuan bayi dengan lebih baik. Pastikan bayi dekat dengan anda, seberapa banyak yang boleh. Ini akan memberinya banyak peluang untuk menyusu (walaupun anda tidak berjaya). Ini sesuai dibuat apabila bayi menyusu dengan cara disuap atau botol, dan hendak tidur. Biarkan bayi terus tidur dalam sentuhan kulit ke kulit pada dada ibu. Ini membuatkan bayi tidur dan bangun dengan gembira.
Cuba tangkap isyarat kelaparan yang terawal.  Jika bayi bergerak ke arah payudara dan kemudian tertidur sebelum menghisap puting, atau selepas menghisap dua kali, maka ini adalah langkah-langkah bayi yang positif

3)  Cuba berikan/tawarkan payudara sekerap mungkin. Juga cuba menyusukan bayi di tempat kegemarannya, dalam kedudukan kegemaran bayi, ketika sedang mandi, ketika berjalan di sekeliling, sambil berbaring, dengan kedudukan bayi tegak, bayi baring rata di belakangnya, semasa bayi tidur, atau pada masa bayi nak bangun dari tidur, pada bayi masa kelihatan seolah-olah dia mungkin berminat atau apa-apa cara lain yang boleh anda fikirkan; pada bila-bila masa, di mana jua.

4)  Elakkan memberi tekanan pada bayi untuk braestfeed. Tawarlah dengan cara yang sangat kasual dan berpura-pura anda tidak keberatan jika dia enggan (lebih mudah berkata daripada dilakukan, tetapi cuba jangan tuunjukkan sebarang kekecewaan). 
 Jangan pegang belakang kepala bayi atau menolak atau tahan bayi ke payudara.  Jika bayi menarik diri dari payudara, jangan cuba untuk membuat bayi kembali ke payudara pada masa itu - cuba lagi kemudian.   Jika bayi seolah-olah kecewa dengan payudara anda, jangan beri tekanan padanya. Banyakkan sentuhan kulit-kulit khasnya dikawasan payu dara. (Tanpa tawaran untuk menyusu ok). Biar bayi merasai pelukan pada kawasan payudara tanpa bayi perlu menyusu.

5)  Boleh cuba menggunakan baby sling untuk membuat bayi sentiasa dekat pada anda biar apa anda buat. 

6) Tidur berhampiran dengan bayi anda. Kalau boleh tidur sekatil. Jika baby tidur di katil sendiri, letakkan katil disebelah anda. Ini boleh membuatkan anda mengesan isyarat kelaparan dengan cepat.   

7) Gunakan sistem ganjaran awal. Cuba urut atau pam payudara agar anda capai 'reflux let down' dimana susu keluar dengan banyak dan laju, dan barulah beri pada bayi untuk menyusu. Ini adalah kerana ada bayi tidak sabar menghisap payudara sehingga ibu mencapai 'reflux let down'.  Jika bayi berjaya menyusu dengan cara ini tetapi berhenti apabila susuibu keluar dengan perlahan, cuba lajukan penggeluaran susuibu dengan mengurut payu dara semasa bayi menyusu.

8) Pastikan bahawa masalah fizikal tidak penyebab bayi untuk menentang breastfeed secara direct. Cuba periksa beberapa perkara seperti berikut:- Adakah   kecederaan kelahiran atau keadaan lain yang menjadikan kedudukan untuk menyusu menyakitkan. Adakah bayi yang mempunyai masalah dengan pernafasan semasa menyusu atau semasa menyelaras menghisap dan menelan?   Adakah bayi mempunyai refluks teruk yang membuat makanan menyakitkan?   Adakah bayi mempunyai sakit tekak semasa menyedut? Dan lain-lain lagi Inilah antara cara-cara memujuk bayi untuk kembali menyusu secara direct. Memang bukan senang dan memerlukan banyak kesabaran. Ini jugalah antara sebab kenapa ramai ibu mengambil keputusan untuk menjadi exclusively pumping mum.. Memang ramai yang telah berjaya, bahkan ada yang hingga mencapai 2 tahun.. Cuba untuk berjaya sebagai EP mum ini, usaha berlipat-lipat ganda perlu di terapkan.  Bagi ibu-ibu diluar sana yang masih ingin baby menyusu secara direct, bolehlah cuba tips-tips ini ya.. Tapi jangan lupa   Jangan paksa baby tapi pujuk bayi untuk menyusu...

" Happy breastfeeding semua.... "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by newwpthemes | Thanks to blogger template download, r4 and r4 ds