Amaran: Jangan Lakukan Seks Ketika Haid

Islam melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222) "


Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.
Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.
Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.
Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.
Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.
Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.
Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!
Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.
Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.
Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.
Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.
Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.
Ini dikaitkan dengan ‘fetihisme’ atau ‘fetish’ kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.
Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.
Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.
Pada pendapat saya, sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.
sumber: emel (Puan Ita, Senai)
JIka anda mengalami haid tidak teratur dan ingin cara mengatasinnya , SILA KLIK SINI

Fahami Kitaran Haid


Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, Secara puratanya 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitaran haid tersendiri. Ada yang kurag dari 25 dan ada yang terlambat sehingga 35 hari. Secaranya puratanya kitaran haid wanita adalah 28-30 hari.

Ok, ada beberpa fasa dalam kitaran haid wanita yang perlu anda fahami. Ini penting untuk anda yang ingin merancang untuk hamil dan untuk mengelak hamil.

Hari 1-4
Ia dipanggil fasa pengeluaran haid (mentruation) - ketika ini haid akan keluar. Hari pertama adalah penting untuk diketehaui kerana ia fasa baru bermula.Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar sehingga hari akhir haid.Sebaik-baiknya ia ditanda setiap bulan sekiranya anda merancang untuk mengandung.





Hari ke 5 - 13
Ia dipanggil fara folliculor. Pada fasa ini , hormon estrogen meningkat.Ketikaa fasa folliculor ini, darah akan berkeumpul di dinding rahim dan akan menebal untuk persedian mengandung.Di kawasan ovari pula telur yang ada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari ke 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan oleh peningkatan hormon yang dipanggil Lutiniezing Hormone(LH). Telur ini sekirangya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. sekirannya ia disenyawakan ia akaan turun ke selaruran fallipio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau faara secretory. Selepas telur dikeluar dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestron dirembes dari sarangnya (corpus letuem). Ini menyebabkan dinding rahim menebal.Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding akan runtuh.

-------------------
Waktu terbaik
-------------------

Waktu terbaik untuk bersama suami adalah hari ke 14 (ovulasi0 ini kerana teluar baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebernarnya ia berlaku lebih kurag hari ke 14 atau ketika fasa luteul bermula iaitu hari ke 15.Maka disimpulkan di sini waktu subur adalah 14 hari sebelum haid pertama bulan seterusnya.

Sekirany haid anda tepat 28 hari ia tidak menjadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid berubah-berubah, ini akan timbul masalah kiraan waktu subur.

Jika anda mempunyai kitaran haid tidak tepat, anda mungkin mengalami masalah senggut yang kuat, period tidak teratur dan sukar hamil. 


Untuk ketahui cara mudah hamil SILA KILK LINK INI.

" HAPPY SHARING ALL  "

BEKERJA DARI RUMAH JANA PENDAPATAN UNTUK KELUARGA

 " MOMMY WORK AT HOME "

Mahukan Income 4 Hingga 5 Angka Sebulan Dengan Modal Minimum , Strategi Yang Berkesan Serta Akses Mentor secara PERCUMA?




Jika YA, anda wajib menyertai kami. 

Wanita kini lebih cenderung memilih menjalankan perniagaan dari rumah berbanding dari keluar berkerja.. Ini kerana, meraka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak serta mencari pendapatan lebih bagi membantu suami. Dengan erti kata lain, ingin memilik kebebasan kewangan dan kebebasan masa.

" Saya ade kelulusan tinggi dan saya lebih selesa bekerja di pejabat. Kenapa saya perlu menjana pendapatan dari rumah? "

Itu adalah pilihan anda. Hakikatnya, pilihan anda adalah masa depan anda. Namun, keputusan saya memilih untuk berhenti kerja dan menjalan Bisness Shaklee secara Online adalah pilihan yang tetap.  Kehidupan bahagia serta kerjaya dapat dikecapi dalam 1 masa. 

Kebahagiaan.Ya bahagia kerana saya dapat mendidik anak-anak dan melihat anak-anak membesar didepan mata. Makan dan pakaian suami juga terjaga rapi Alhamdulillah. 
Kebebasan. YA mempunyai kebebasan masa dan kebebasan kewangan. 

Alhamdulilah, saya juga seorang yang berkelulusan dalam bidang Teknologi Maklumat dan setiap perjalanan kita itu Allah S.W.T telah susun cantik. Ilmu yag dipelajari memudahkan saya menjalanan Bisness Secara online dari rumah.

Kenapa anda perlu sertai saya dalam Shaklee?

  • Bonus dibayar setimpal dengan usaha dalam personal sales anda
  • Berpeluang menikmati 20-25% untuk runcit
  • Berpeluang menikmati Bonus Dedikasi melalui ahli-ahli di bawah anda.
  • Berpeluang menikmati kepimpinan Melalui "leader" yang anda bentuk sendiri
  • Berpeluang menikmati cash reward dari shaklee dari semasa ke semasa
  • Berpeluang menikmati percutian 5 bintang di dalam dan luar negara @ umrah.
  • Kesemua reward dan bonus boleh mencecah 4 hingga ke 5 angka dengan syarat anda BERUSAHA (tiada istilah duduk goyang kaki dapat duit)
  • Paling menarik, anda boleh mewariskan bisness shaklee untuk anak anda. Anda bekerja keras hari ini untuk masa depan keluarga anda.
Apakah keistimewaan jika anda menyertai saya?

  • Anda akan sertai Group Support yang sangat kuat.
  • Kelas bimbingan secara percuma
  • Personal coaching (atas permintaan)
  • Skill Fb Ads yang lebih menarik
  • Online coaching 24 jam
  • Mentor yang power
  • Startegi marketing yang berkesan
  • Bahan promosi di berikan
  • Bank testimoni yang sangat hebat
  • Ukhwah silaturahim
  • Amalan kerohanian
Menarik bukan? Jika anda berminat untuk bersama-sama mendapatkan kebebasan masa dan kebebasan kewangan , sila hubungi saya di 013-3990304 Fara.


UNTUK TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI MOMMY WORK AT HOME

Jom berchatting dengan saya melalui
Add FB : Fara Diba
Jom Likes Fanpages : Kedai Vitamin Saya




Haid Tidak Teratur. Bagaimana Cara Atasinya?



90 % wanita mempunyai masalah haid tidak teraturHaid tidak teratur adalah kerana ketidakseimbangan hormon di dalam badan wanita. Jika ia dibiarkan berlarutan akan menganggu masalah kesuburan dan anda mungkin sukar untuk hamil. Malangnya, ramai wanita memandang remeh akan masalah ini.

Kesan daripada hormon yang tidak stabil ini akan mengakibatkan:
  • Sentiasa letih dan tidak bersemangat untuk aktiviti seharian
  • Masalah kesuburan. Sukar hamil
  • Period yang tidak teratur.
  • KEPUTIHAN
  • Kerap kali mengalami SENGGUGUT?
  • Tidak BERNAFSU untuk bersama SUAMI?
  • Wanita Yang Mengalami Menopause 
Apa punca haid tidak teratur?

  • Hormon tidak seimbang
  • Sering stress/tekanan mental dan emosi
  • Ubat-ubatan tertentu (pil kurus, pil kecantikan dan sebagainya)
  • Terlalu gemuk/ berat badan tidak ideal
  • kekurangan nutrisi

Jadi, bagaimana cara mengatasinya? Langkah pertama anda perlu kembalikan kestabilan hormon dalam badan. Diri  anda memerlukan nutrien dan zat tertentu agar proses metabolisma hormon dapat berlaku dengan sempurna. Jawapanya GLA shaklee....

Apa itu GLA Complex Shaklee ? Jom kita tengok dan baca kebaikannya..




GLA Complex Shaklee  merupakan Ais Linoleik Gama. Tentu anda biasa dengar Evening Primprose Oil (EPO) kan?. Di Shaklee, EPO dikenali sebagai GLA Complex Shaklee , malahan Gla ini jauh lebih baik dari EPO, kerana mengandungi Asig Linoleik Gama, Minyak Borage, Minyak benih bunga matahari & vitamin E, yang menjadikan jauh lebih baik dari EPO di luar sana. Untuk perincian mengenai GLA Complex Shaklee sila klik di sini.

Antara kebaikan GLA Complex Shaklee .:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin 
  • Mampu mengecutkan cyst

Apa kata mereka yang telah mengamalkan Gla Shaklee :



Sebotol GLA Complex mengandungi 60 kapsul GLA Complex (kapsul Shaklee adalah halal.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Fara Faiz
♥ sms/whatsApp: 013 - 399 0204
♥ Emel : farhana.baharuddin@gmail.com
♥ Fb: Fara Faiz  (Add fb saya untuk terus berchatting dgn saya)
♥ Fb Fanpages : Kedai Vitamin Saya (LIKES fanpages saya untuk dapatkan promosi terkini dan info2 percuma dari kami.)


TIPS UNTUK KEMBALI LANGSING SELEPAS KELAHIRAN

Berikut adalah tip untuk kembali ke bentuk badan asal selepas melahirkan.
Seperti mana kebanyakan ibu yang baru bersalin, anda sememangnya tidak sabar untuk kembali kebentuk badan asal secepat mungkin. Pada awal tempoh pantang, agak sukar untuk anda menyarung kembali baju kebaya atau seluar jean ketat anda tetapi jangan risau, ikuti tip dibawah untuk mendapat berat badan idaman anda dengan lebih berkesan.
  1. Lebihkan makan buah-buahan sayuran dan bijirin yang kaya serat. Ianya membekalkan anda dengan zat makanan dan galian yang penting sementara menolong anda berasa kenyang dalam jangka masa yang lebih lama. Makanan berkhasiat yang lain termasuk produk susu kurang lemak, seperti susu skim dan yogurt. Ikan, ayam dan daging pula adalah sumber protin yang boleh menolong mengembalikan protin yang hilang.
  2. Hindari dari rasa hendak makan yang keterlaluan. Penuhi peti sejuk anda dengan makanan yang berkhasiat sahaja. Makanan seperti makanan ringan cuba jauhi sama sekali.
  3. Makan dalam kuanti kecil, terutamanya karbohidrat. Jangan sesekali berdiet atau cuba lepaskan masa makan anda. Makan secara teratur dan jangan hadkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.
  4. Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia boleh membuang toxin dalam badan, membanyakkan air susu anda dan boleh menolong mengurangkan rasa lapar.
  5. Makan hanya semasa lapar - anda boleh menghilangkan rasa lapar dengan membuat aktiviti yang membuatkan anda lupa untuk makan. Bawa anak berjalan-jalan ditaman atau pergi ke rumah jiran atau membaca majalah kesukaan anda.
  6. Buat senaman ringan - tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin terus mengamalkan senaman selepas beberapa hari bersalin sekiranya anda tidak mengalami sebarang komplikasi semasa bersalin. Buatlah secara ringkas pada peringkat awalnya dan secara perlahan-lahan tingkatkan masa dan intensiti senaman anda apabila stamina anda bertambah baik. Senaman kegel baik untuk mengembalikan peranakan anda kekedudukan asal dengan cepat.
Ok, ibu yang masih tercari set berpantang yang boleh membantu anda merealisasikan impian anda untuk menurunkan berat seperti yang diidamkan, sila klik link.

Secara ringkasnya, Set Bersalin/Berpantang Shaklee selamat digunakan, boleh digunakan jika bayi anda mengalami jaundise. Membantu membaik pulih luka luaran dan dalam dengan cepat serta melancarkan penghasilan susu. Amalkan pengambilan supplement ini secara konsisten, minum air masak secukupnya insyaAllah anda akan result yang terbaik.

Susu kurang semasa berpantang , Sila Klik Sini

12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA DATANG LEWAT

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:
  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
  • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
  • Berlebihan hormon prolaktin:
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Menyusu badan:
    Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
  • Masalah tiroid:
    Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
  • Gemuk:
    Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
  • Terlalu kurus:
    Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
  • Tersilap kira:
    Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
  • Pencegah hamil:
    Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
  • Hamil:
    akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.
---
~ KEMBALIKAN KESTABILAN HORMON ANDA

Tahukah anda GLA COMPLEX SHAKLEE membantu menstabilkan horman anda, menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan .

Dapatkan GLA COMPLEX SHAKLEE jika anda merancang untuk hamil cepat.

Nak detail set? Dan lebih banyak Testimoni? Sila klik DI SINI

PM saya untuk mengetahui harga istimewa untuk anda @ Call / Whatsupp 013-3990204 ya. Konsultasi percuma utk customer saya sahaja! ✿✿
Like Fanpages Kedai Vitamin Saya Untuk dapatkan dikaun hebat dari kami.

AMBIL SUPPLEMENT TIDAK PERLU AMALAKAN KONSEP PENYUSUAN?

Assalamualaikum....

Saya rasa terpanggil untuk menulis entry kali ini. Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

" Sentap" sejenak saya, kerana beliau adalah salah seorang daripada customer saya yang mengamalkan supplement penyusuan. Secara jujurnya ,sayu dan sedih kerana beliau sangat mudah mengalah dan mengambil keputusan memberikan bayinya susu formula.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi. 

Ramai ibu salah faham, jika kita amalkan supplement penyusuan maka tidak perlu mengepam susu dan secara magic nye susu akan terhasil sendiri. Ini adalah mitos semata-mata.Nasihat saya, jika anda bakal melahirkan atau sedang menyusukan bayi wajib untuk tahu pengetahuan asas tentang penyusuan. Ia sebagai persediaan mental dan fizikal anda menyusukan kelak.

Tidak ada perkara yang mudah dalam hidup ini. Tiada hasil yang bagus tanpa usaha. Ya betul, mengamalkan supplement juga adalah satu usaha. Tapi secara teknikalnya,penghasilan susu memerlukan banyak ransangan daripada bayi mahupun ibu mengepam. Perkara ini diasalah ertikan. " Saya dah ambil supplement, jadi saya tidak perlu pam". Salah sama skali. " Kalau macam tu saya tak perlu ambil supplemet pun takpe sebab saya masih kena pam susu". 

Lagi persoalan yang banyak menjadi persoalan pada ibu-ibu menyusu.Saya menjawap persoalan ini. Ramai ibu menyusu yang mengabaikan tabiat pemakanan sihat. Sedangkan kita tahu yang keperluan ibu menyusu tak jauh beza dengan keperluan ibu hamil. Jadi kalau waktu mengandung kita rajin dan sanggup telan supplement, kenapa tak teruskan waktu menyusu? Silap kalau kita kata ibu menyusu tak perlukan supplement. Tanyakan soalan ini kepada ibu-ibu: Boleh jamin ke yang ibu-ibu ni ambil makanan seimbang cukup fiber, protein, kalsium semua? Pastikah kita bahawa makanan yang kita makan tu bebas pencemaran, bahan pengawet,dimasak dengan suhu yang betul dan sebagainya?Jadi pilihan di tangan anda. Bagi saya, saya memilih untuk mengamalkan supplement sebab kerana saya tidak dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang. Dengan kesibukan kerja, saya makan ikut sempat je.

Sedikit tips bagi ibu menyusu yang masih sangsi akan keberkesanan supplement atau yang sedaang ambil supplement tetapi kurang berkesan dan tidak puas hati dengan kesannya.Ini sedikit tips dan info buat anda :

  1. Kena ingat supplement bukan " magic " di mana makan supplement je susu terus banyak. Salah itu, its doesn't work that way.
  2. Ambil supplement susu akan jadi banyak bila ibu mengamalkan konsep asas penyusuan susu ibu iaitu " Demand & Supply ". Semakin kerap pam, lagi kerap payudara dikosongkan , lagi cepat susu dihasilkan.
  3. ibu minum air kosong minimum 3L sehari. Penyusuan susu ibu perlukan banyak air dan pengambilan supplement memerlukan banyak air untuk proses penyerapan.Kurang air, kuranglah susu.
  4. Jangan tunggu breast penuh baru nak pam. Oh NO NO NO. Awan sudah berat berserti nak hujan. Itu tandanya anda bagi signal pada badan bawah bayi tidak perlukan banyak susu. Jadi , otak akan set badan tidak perlukan banyak susu.
  5. Jangan pump ikut sempat. Ini konsep yang salah.Pam mesti konsisten ikut jadual. Jika tiada, sial buat satu.Bila anda pam ikut jadual ini melatih badan menghasilkan susu ontime.Barulah susu akan meriah kerana badan tahu waktu mengepam susu akan keluar banyak.
  6. Takut nak pam sebab anak kuat menyusu dan takut kering. Ini juga salah.Ingat,sebab anak kuat menyusulah anda perlu kuat lagi mengepam supaya lebih banyak ransangan lebih banyak susu dihasilkan.
  7. Teruskan pam walaupun susu tinggal setitik atau pam angin.  Bila jadi macam ini ibu selalu give up dan terus bagi susu formula.Penyusuan bukan perkara mudah. Hari ini pam terus keluar susu. Badan kita juga perlu dilatih. Jika selalu dilatih, badan akan terbiasa . Pam ikut jadual dan lama2 susu akan terhasil dan akan bertambah dari hari ke hari.
Pengambilan supplemet akan membantu badan ibu lebih sihat dan menghasilkan susu yang lebih lengkap dan berkhasiat. Susu juga akan bertambah dari hari ke hari, tetapi bukan pertambahan mendadak jika anda seorang yang malas mengepam. Jadi syarat pengambilan supplement ialah :

  1. Ambil supplement mengikut jadual dan konsisten ( jika tidak konsisten dan makan ikut dan itulah yang banyak terjadi hasil susu minimum dan tiada kesan langsung.
  2. Minum air kosong minimum 3L sehari.( Penting untuk penyerapan supplement dan penyusuan susu ibu).
  3. Kerapkan proses mengepam susu ( Ingat konsep Demand & Supply).
  4. Fikirkan yang positif, yakin susu banyak, disiplin mengepam susu serta banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah.
So, beza antara penyusuan susu ibu dengan supplement dan bukan ambil supplement? Paling ketara apabila mengamalkan supplement , susu lebih cepat dihasilkan dan susu lebih banyak dihasilkan.  Malah susu biasanya akan lebih pekat dan bayi lebih cepat kenyang berbanding tiada supplement.


Bagi ibu-ibu yang berminat nak tambahkan susu badan , boleh  hubungi 013-399 0204 (fara) untuk dapatkan konsultasi percuma daripada saya.

Ingin info2 tentang SET PENYUSUAN SHAKLEE sila klik sini :
http://www.taukehvitamin.com/2013/04/set-penyusuan-terhebat-membantu-ramai.html

" Selamat Mencuba "

Sekian. Wallahualam.



I'M Shaklee Independent Distributor - NAK BERJAYA,BUANG SEGALA ALASAN

Alhamdulillah, almost 1 year Fara di dalam bisness Shaklee. Dalam masa 1 tahun ni bermacam-macam jenis manusia Fara jumpa. Dari perangai downline sampaila kepada customer. But the best things is, segala hal yang terjadi selama setahun ini banyak mengajar erti kehidupan sebenar. Realiti kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran tak kurang juga kemanisan dalam hidup.Dah  nama pun bisness, Fara pegang 1 perkara sahaja untuk berjaya iaitu "BERSABAR".
But today nak share satu tips untuk berjaya…
Sebab semua orang nak berjaya, jadi jutawan, kebebasan kewangan and etc tapi ramai yang tak dapat capai..and yes..ramai jugak yang capai..
Yang tak berjaya tu kenapa?
Ok now, senang jer. Terlampau banyak sangat " ALASAN". Kunci kejayaan yang saya pegang sekarang ialah “BUANG SEGALA ALASAN“..
SENANG KANNN?? Itu je tips nyaaa..
Sebab, ramai yang datang kat Fara and tanye…”Fara, macam mana fara boleh dapat sales banyak, macam mana fara boleh berkembang cepat?”..
PertamaTawakal tidak menafikan usaha. Maksudnya jangan hanya asyik berdoa meminta rezeki dari pemberi-Nya tetapi tidak berusaha.
Kedua : Jangan sesekali mengharapkan pertolongan orang lain. Sebab ramai yang putus asa, letakkan kegagalan pada orang lain sebab orang lain tidak mahu berikan pertolongan. Jika rasa anda perlukan pertolongan orang lain, anda buang masa. Jangan buat bisness, lebih baik makan gaji.Ingat! bila anda gagal, anda keseorangan menghadapinya, bila anda berjaya semua orang mahu tumpang/ambil bahagiannya
Ketiga : Berhenti memberi "ALASAN". Fara cukup pantang dengan alasan. Adakah saya suka beralasan? Tidak saya tidak akan memberi alasan untuk setiap kerja yang saya lakukan.
Mungkin ramai yang tidak terfikir akan "ALASAN " yang sering mereka beri itu satu penghalang.
Antaranyaaa…
Anak saye kecik lagi, takde kereta, tak reti berniaga, suami tak kasi, saya busy, mak tak kasi, takde modal, takut nak menjual, takut takde orang beli, takut orang kata ape, saya dah cukup selesa, nanti dulu, saya itu, saya ini, takut itu, takut ini and yang paling teruk dalam dunia SAYA TAKUT KOT-KOT TAK BERJAYA…
Oh myyyyyy…. tak rase pelik ke u all bace semua alasan kat atas ni…? is this the right attitude untuk nak jadi orang yang berjaya…??
Cuba tanye diri anda, semua orang yang berjaya ni takde anak ke? takde keluarga? semua suami sporting? semua ade mase lapang? ada berjuta2 modal?
Cuba u all bayangkan Donald Trump, Tan Sri Sheikh Mokhtar Al-Bukhary, Steve Jobs, Richard Branson, Dr Azizan,  Irfan Khairi.., Mr Jamal Sifu FBAds agaknya, mereka semua ni kasi tak alasan kat atas tu? Tentu skali jawapannya TAK kan??
So semua orang yang berjaya kat dunia ni, tak kisah samada mereka ni jutawan or billionaire sekalipun, mereka buang segala alasan…sebab ALASAN IALAH PEMBUNUH IMPIAN anda…

Nak tau kenapa fara upload gamba ni? Khas untuk wanita yang mempunyai alasan " Suami saya tidak support bisness saya" .Sekarang,cuba fikir balik apa yang fara cakapkan ini. Penghalang NO. 1 fara ialah SUAMI. Suami seorang tentera? Iya, suami fara seorang tentera. Rutin harian tersangat busy sehinggakan tiada masa untuk fara. Sebagai isteri, jika anda berniat untuk membantu suami mencari rezeki stop MENGUNGKIT. Bantu dengan IKLHLAS. Think positif, jadikan ia salah satu pembakar semangat anda. Suami tak beri galakkan langsung? Tidak perlu galakkan dan semangat dari suami, galakkan dan semangat adalah datang dari diri sendiri. Adakah suami saya membantu saya dalam menjalankan bisness ini? Tidak jawapanya. Saya usaha sendiri pada awalnya. Sehinggalah pada suatu hari dengan berkerja dari rumah saya mencapai pendapatan RM5000 sebulan. Nah!! pada masa itu baru suami akan pandang kita. Percaya fara...this is fact...

Kalau nak ikutkan, Fara boleh kasi semua alasan kat atas tadi.. but Fara fikir macam ni…Time is running soo fast…buat alasan hanya buang masa je..umur makin lama makin tua..so grab aje peluang ape yang ade depan mate and buat sampai jadi…sampai berjaya…takde orang nak buat bisnes untuk gagal.. itu bukan bisnes namenya…so jangan buang mase…nanti dah tua, dah tak larat, baru rase nak berjaya..? takut nnti menyesal tak sudah…there’s no right timing kalau nak berjaya…the right timing is NOW… NOW or NEVER!! Rezeki Allah dalam bentuk peluang, and peluang yang baik tak datang banyak kali…kalau kite buang peluang tu maknanya kite buang rezeki yang Allah nak kasi..
So dah tau tipsnya…ape tunggu lagi..grab peluang tu and buang segala alasan…
Orang yang berjaya tak perlu banyak cakap, die perlu " buat saja…"
All the best to u!!!
Join  me now!!!

Berminat nak menjadi distributor Shaklee di bawah fara? Senang ajer. Hanya perlu call/sms/whatsapp ke 013-3990204. Sangat mudah berniaga di alam maya. Fara akan ajar ke cara meniaga di online? Sudah pasti saya akan ajar. Fara ada class secara online dan secara face to face. Teknik marketing online dan offline selaras dengan kemajuan teknologi sekarang.Be the first one join me. :)
Be friends wit me Fara Diba
Like fanpages : Kedai Vitamin Saya & Info Penyakit Wanita

~ Ketahui Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita


Seperti yang kita tahu tuala wanita bersifat sebagai bahan penyerap oleh wanita apabila didatangi haid, darah nifas, selepas keguguran atau menjalani pembedahan anggota peranakan dan mengelakkan darah mengalir keluar lebih banyak daripada faraj. Dalam tempoh terkini, kebanyakan tuala wanita yang biasa diguna pakai adalah tuala pakai-buang dan diperbuat daripada kapas serta rayon. Bahan yang ada di tengah-tengah tuala jenis ini mempunyai daya serapan yang kuat dan akan bertindak menjadi gel apabila ia menyerap cecair.

Namun, di sebalik kecanggihan teknologi daya serapan tuala pakai-buang, ramai tidak menyedari bahan berwarna putih jernih ini terlebih dulu diproses menggunakan campuran kimia seperti bahan pemutih (bleaching agent), nyahkuman menggunakan bahan disinfektan dan ada antaranya di tambah pewangi bertujuan menutupi bau tidak dikehendaki.

Semasa pembuatan rayon daripada pulpa kayu pula, ada juga bahan kimia dioxin dilepaskan menyebabkan ada sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan keradangan pada bahagian vulva serta faraj.

Berikut disenaraikan beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat pemakaian tuala wanita;

1. Alahan kepada bahan kimia yang ada pada tuala wanita boleh terjadi, tanpa mengira tempoh pemakaian sama ada jangka masa pendek atau lama. Ia digelar `irritant contact dermatitis’ atau keradangan pada kulit. Simptom utama adalah gatal, rasa panas terbakar dan bengkak pada alat kelamin. Tanda seperti ruam yang kadangkala berair, kulit merah dan melecet dan lelehan faraj berlebihan juga kesan alahan.

2. Radang pada alat kelamin iaitu sekitar vulva akibat sensitiviti terhadap bahan terkandung pada tuala wanita dipanggil `vulvitis’.
Tandanya adalah rasa tidak selesa, panas pada kulit luar dan mungkin kegatalan.

Radang boleh terjadi jika pemakai memakai tuala wanita dalam jangka masa lama.

3. Melecet pada kulit luar alat kelamin akibat geseran antara tuala dan kulit semasa berjalan atau bergerak.

Situasi ini mudah berlaku sekiranya anda tergolong dalam kategori kulit kering. Tanda yang timbul ialah rasa sakit atau tidak selesa dan pedih apabila terkena air.

4. Jangkitan kuman di vulva dan vagina adalah komplikasi teruk daripada masalah di atas.

Memakai tuala wanita terlalu lama menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan banyak di atas tuala wanita seterusnya mengakibatkan jangkitan pada vulva dan vagina. Sekiranya berpanjangan, jangkitan kulat mungkin terjadi. Tanda jangkitan kuman adalah sakit, bengkak, kulit melecet, berair atau bernanah dan lelehan faraj berlebihan. Hal ini juga bleh menganggu kesuburan wanita.

Kesimpulannya, anda diwajibkan menitikberatkan kesihatan dan kebersihan sistem repoduktif masing-masing. Perbuatan menukar tuala wanita secara kerap terutama jika dipenuhi darah haid amat penting supaya kesejahteraan reproduktif terjamin. Ingat! Tukar tuala wanita sekurang-kurangnya setiap tiga hingga empat jam



Tindakan pencegahan masalah 

* Hentikan segera penggunaan tuala yang disyaki punca alahan. Bertukar kebiasaan penggunaan tuala wanita jika perlu guna. Elak memakai tuala daripada kain kapas yang dilipat dan pemakaian seluar dalam jenis kain kapas yang tidak terlalu ketat.

* Jika puncanya akibat pemakaian tuala wanita terlalu lama, berhati- hatilah dengan menukarnya lebih kerap atau dalam tempoh kurang dari tiga jam untuk setiap kali.

* Membasuh alat kelamin dengan air saja tanpa menggunakan sebarang sabun atau pencuci bagi mengelakkan kulit bertambah kering.

* Berjumpa doktor jika tindakan di atas tidak berkesan atau terjadi jangkitan kuman. Doktor akan memberikan krim sapu mengandungi steroid atau antibiotik atau kedua-duanya dan pil anti-alahan.

* Menggunakan tampon sebagai alternatif jika sesuai. Tampon seakan tuala wanita yang digulung kemas, berbentuk rod kecil dan mempunyai tali di hujungnya. Ia mempunyai ciri penyerapan yang kuat dan cara menggunakannya ialah menolak masuk tampon ke dalam faraj menggunakan jari atau aplikator. Tali di luar faraj berfungsi menarik dan mengeluarkan tampon apabila perlu.

Bagaimanapun, tampon hendaklah ditukar setiap empat ke lapan jam, kerana berpotensi menyebabkan jangkitan kuman serius di dalam faraj dan mengakibatkan komplikasi `Toxic Shock Syndrome' (TTS) yang membawa maut.


" Sharing Is Caring "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by newwpthemes | Thanks to blogger template download, r4 and r4 ds