Ramai ibu mengandung bangun di waktu malam kerana kekejangan di bahagian kaki. Ada juga yang menangis kerana tidak tahan dengan kesakitannya. Ramai doktor berpendapat kekejangan yang berlaku adalah disebabkan oleh masalah pengaliran darah di kaki sewaktu mengandung. Ada juga yang berpendapat ia akibt ketidakseimbangan mineral kalsium, potassium dan fosforus.

Disini terdapat beberapa panduan untuk mengurangkan kekejangan kaki:
1. Lakukan senaman regangan sebelum tidur
2. Elakkan daripada duduk atau berdiri dalam satu posisi terlalu lama. Elakkan juga duduk menyilang kaki
3. Pakai pakaian tidur yang selesa serta stokin untuk mengelakkan kesejukkan
4. Makan makanan yang kaya dengan kalsium
5. Apabila berbaring, gerakkan pergelangan kaki dan jejari kaki. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah berjalan lancar dan baik.
p/s: Kalau anda tidak minum susu ketika mengandung, boleh dapatkan suplemen Ostematrix (kalsium)Shaklee 



Posted in: 
