AMBIL SUPPLEMENT TIDAK PERLU AMALAKAN KONSEP PENYUSUAN?

Assalamualaikum....


Saya rasa terpanggil untuk menulis entry kali ini. Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

" Sentap" sejenak saya, kerana beliau adalah salah seorang daripada customer saya yang mengamalkan supplement penyusuan. Secara jujurnya ,sayu dan sedih kerana beliau sangat mudah mengalah dan mengambil keputusan memberikan bayinya susu formula.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi. 

Ramai ibu salah faham, jika kita amalkan supplement penyusuan maka tidak perlu mengepam susu dan secara magic nye susu akan terhasil sendiri. Ini adalah mitos semata-mata.Nasihat saya, jika anda bakal melahirkan atau sedang menyusukan bayi wajib untuk tahu pengetahuan asas tentang penyusuan. Ia sebagai persediaan mental dan fizikal anda menyusukan kelak.

Tidak ada perkara yang mudah dalam hidup ini. Tiada hasil yang bagus tanpa usaha. Ya betul, mengamalkan supplement juga adalah satu usaha. Tapi secara teknikalnya,penghasilan susu memerlukan banyak ransangan daripada bayi mahupun ibu mengepam. Perkara ini diasalah ertikan. " Saya dah ambil supplement, jadi saya tidak perlu pam". Salah sama skali. " Kalau macam tu saya tak perlu ambil supplemet pun takpe sebab saya masih kena pam susu". 

Lagi persoalan yang banyak menjadi persoalan pada ibu-ibu menyusu.Saya menjawap persoalan ini. Ramai ibu menyusu yang mengabaikan tabiat pemakanan sihat. Sedangkan kita tahu yang keperluan ibu menyusu tak jauh beza dengan keperluan ibu hamil. Jadi kalau waktu mengandung kita rajin dan sanggup telan supplement, kenapa tak teruskan waktu menyusu? Silap kalau kita kata ibu menyusu tak perlukan supplement. Tanyakan soalan ini kepada ibu-ibu: Boleh jamin ke yang ibu-ibu ni ambil makanan seimbang cukup fiber, protein, kalsium semua? Pastikah kita bahawa makanan yang kita makan tu bebas pencemaran, bahan pengawet,dimasak dengan suhu yang betul dan sebagainya?Jadi pilihan di tangan anda. Bagi saya, saya memilih untuk mengamalkan supplement sebab kerana saya tidak dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang. Dengan kesibukan kerja, saya makan ikut sempat je.

Sedikit tips bagi ibu menyusu yang masih sangsi akan keberkesanan supplement atau yang sedaang ambil supplement tetapi kurang berkesan dan tidak puas hati dengan kesannya.Ini sedikit tips dan info buat anda :

  1. Kena ingat supplement bukan " magic " di mana makan supplement je susu terus banyak. Salah itu, its doesn't work that way.
  2. Ambil supplement susu akan jadi banyak bila ibu mengamalkan konsep asas penyusuan susu ibu iaitu " Demand & Supply ". Semakin kerap pam, lagi kerap payudara dikosongkan , lagi cepat susu dihasilkan.
  3. ibu minum air kosong minimum 3L sehari. Penyusuan susu ibu perlukan banyak air dan pengambilan supplement memerlukan banyak air untuk proses penyerapan.Kurang air, kuranglah susu.
  4. Jangan tunggu breast penuh baru nak pam. Oh NO NO NO. Awan sudah berat berserti nak hujan. Itu tandanya anda bagi signal pada badan bawah bayi tidak perlukan banyak susu. Jadi , otak akan set badan tidak perlukan banyak susu.
  5. Jangan pump ikut sempat. Ini konsep yang salah.Pam mesti konsisten ikut jadual. Jika tiada, sial buat satu.Bila anda pam ikut jadual ini melatih badan menghasilkan susu ontime.Barulah susu akan meriah kerana badan tahu waktu mengepam susu akan keluar banyak.
  6. Takut nak pam sebab anak kuat menyusu dan takut kering. Ini juga salah.Ingat,sebab anak kuat menyusulah anda perlu kuat lagi mengepam supaya lebih banyak ransangan lebih banyak susu dihasilkan.
  7. Teruskan pam walaupun susu tinggal setitik atau pam angin.  Bila jadi macam ini ibu selalu give up dan terus bagi susu formula.Penyusuan bukan perkara mudah. Hari ini pam terus keluar susu. Badan kita juga perlu dilatih. Jika selalu dilatih, badan akan terbiasa . Pam ikut jadual dan lama2 susu akan terhasil dan akan bertambah dari hari ke hari.
Pengambilan supplemet akan membantu badan ibu lebih sihat dan menghasilkan susu yang lebih lengkap dan berkhasiat. Susu juga akan bertambah dari hari ke hari, tetapi bukan pertambahan mendadak jika anda seorang yang malas mengepam. Jadi syarat pengambilan supplement ialah :

  1. Ambil supplement mengikut jadual dan konsisten ( jika tidak konsisten dan makan ikut dan itulah yang banyak terjadi hasil susu minimum dan tiada kesan langsung.
  2. Minum air kosong minimum 3L sehari.( Penting untuk penyerapan supplement dan penyusuan susu ibu).
  3. Kerapkan proses mengepam susu ( Ingat konsep Demand & Supply).
  4. Fikirkan yang positif, yakin susu banyak, disiplin mengepam susu serta banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah.
So, beza antara penyusuan susu ibu dengan supplement dan bukan ambil supplement? Paling ketara apabila mengamalkan supplement , susu lebih cepat dihasilkan dan susu lebih banyak dihasilkan.  Malah susu biasanya akan lebih pekat dan bayi lebih cepat kenyang berbanding tiada supplement.


Bagi ibu-ibu yang berminat nak tambahkan susu badan , boleh  hubungi 013-399 0204 (fara) untuk dapatkan konsultasi percuma daripada saya.

Ingin info2 tentang SET PENYUSUAN SHAKLEE sila klik sini :
http://www.taukehvitamin.com/2013/04/set-penyusuan-terhebat-membantu-ramai.html

" Selamat Mencuba "

Sekian. Wallahualam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by newwpthemes | Thanks to blogger template download, r4 and r4 ds