Bagi pasangan yang telah berkahwin, anak adalah antara anugerah tuhan yang ditunggu-tunggu. Namun begitu, tidak semua pasangan bernasib baik mendapat cahaya mata sejurus selepas berkahwin. Ada yang terpaksa menunggu beberapa bulan malahan ada yang telah bertahun berkahwin tetapi masih belum berisi.
Kita seringkali
juga dengar yang kononnya masalah kesuburan adalah berpunca
daripada pihak wanita sepenuhnya. Apa yang perlu kita ketahui adalah masalah
mungkin juga berpunca daripada pihak lelaki.
Sedikit perkongsian yang menarik daripada Majalah Pa&Ma edisi November
2011.
TIPS KESUBURAN LELAKI
1. Betik tingkatkan kesuburan
Buah betik yang kaya dengan vitamin C dan merupakan
antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga
dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma.
Ketahuilah bahawa kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan
sperma. Mengambil sebanyak 500mg vitamin C setiap hari penting bagi
lelaki dewasa.
2. Berhenti merokok
Merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan
paru-paru,merokok boleh merosakkan membrane sperma dan mempengaruhi
kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.
3. Banyak pengambilan zink
Zink dikatakan mampu mengaktifkan sperma.
Walaubagaimanapun jumlah zink janganlah melebihi 30mg sehari. Makanan sumber
zink ialah daging merah, bijirin dan kekadang, makanan laut dan produk tenusu.
4. Pakai seluar longgar
Pemakaian seluar longgar dapat memastikan suhu alat kelamin
terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma.
5. Kebersihan makanan
Pengambilan buah-buahan dan sayuran segar sangat digalakkan.
Akan tetapi, anda perlulah pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut
dibersihkan sebelum dimakan. Hal ini adalah kerana racun serangga yang
digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada sayur-sayuran dan
buah-buahan boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu.
Pengambilan air kosong sebanyak kira-kira dua liter
sehari dikatakan boleh meningkatkan kesuburan dan kesihatan
sperma.
TIPS KESUBURAN WANITA
1. Jaga pemakanan
Elakkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman
seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan
minuman berkarbonat.
2. Kawal berat badan
Berusahalah untuk mendapatkan berat badan seimbang. Obesiti
boleh mengganggu proses pengeluaran telur.
3. Amalkan senaman berkala
Bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja
menyihatkan anda tetapi juga membantu mengekalkan berat badan
4. Berhati-hati mengambil ubat
Ketahuilah bahawa kebanyakan ubat seperti ubat anti
kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap
kesuburan anda. Oleh itu, hanya ambil ubat yang disarankan oleh doktor
sahaja.
5. Periksa rahim anda
Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau
cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting anda
mengetahui keadaan rahim sendiri.
Selain daripada tips-tips di atas, anda juga boleh mendapatkan
rawatan secara tradisional dengan melakukan urutan bagi membetulkan kedudukan
rahim. Amalan kerohanian juga perlu dipertingkatkan.Perbanyakkanlah
sedekah kerana sedekah itu mengundang rezeki.
Oh ya, jika ingin mencuba sila klik link: vitamin shaklee bagi masalah kesuburan, boleh hubungi saya terus ya :)
Call/Whatsapp : 013 - 399 0204
Emel : farhan.baharuddin@gmail.com
Add Fb : Fara
Faiz untuk terus berchatting dengan saya tentang pertanyaan produk.
LIKE fanpages : Kedai Vitamin Saya untuk dapatkan
promosi, harga istimewa serta info-info percuma dari saya.
*segala testi yang dikongsi di
sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*




Posted in: 
