Sumber : Blog drsubaidi
Saya sering ditanya oleh ibu yang baru melahirkan tentang berapa kali
kekerapan bayi mereka harus disusui. Ianya menjadi tekanan kepada mereka kerana
bayi-bayi mereka kerap menangis dan seperti mahu disusui segera.
“Doktor, saya tidak dapat tidur semalaman kerana anak saya kerap mahukan
susu, tidak kira di malam hari atau di siang hari. Saya sangat letih..”
Sememangnya, banyak pahala dan jasa ibubapa ketika membesarkan anak-anak
mereka. Mereka sentiasa risau tentang keselamatan dan keperluan anak-anak-anak
mereka.
Adakalanya pula bayi yang telah disusukan mengalami muntah susu. Apa yang
membimbangkan mereka ialah bayi akan mengalami ‘tersedak susu’ seperti yang
dilaporkan di akhbar-akhbar dan menyebabkan kematian.
Oleh itu kombinasi antara jumlah kuantiti susu yang diperlukan dalam
sehari, dan jumlah kuantiti susu yang boleh diberikan oleh bayi bagi setiap
susuan akan menentukan bilangan kekerapan memberikan susu dalam sehari.
Jika tidak, dikhuatiri bayi akan mengalami kekurangan susuan sehingga bayi
menjadi letih dan kekurangan berat badan. Bayi yang diberikan lebih susuan pula
boleh menyebabkan mereka muntah dan kekembungan pula.
Ibubapa perlu mengetahui bahawa setiap kali bayi menangis tidak bermakna
mereka kelaparan dan mahu disusu. Bayi yang merengek boleh jadi disebabkan
mereka penat, merasa bosan, tidak selesa atau lampin mereka telah kotor.
Oleh itu sebagai panduan, tanda bayi yang kelaparan ialah :
1.
Bayi meletakkan tangan mereka dekat dengan mulut.
2.
Bayi memusingkan kepala ke kanan dan ke kiri.
3.
Bayi kelihatan gelisah dan menjelirkan lidah seolah-olah kita mahu menyusukan.
4.
Bayi mula menghisap jari atau kain yang diberikan.
5.
Bayi mula merengek.
6.
Bayi menangis kuat.
Perlu kita ingat juga bahawa bayi, terutama yang baru lahir mempunyai perut
yang sangat kecil, sedang keperluan terhadap susu untuk tumbesaran amat tinggi.
Oleh kita mengimbangkan antara kekerapan dan kuantiti susu yang diberi agar
bayi mendapat susuan yang cukup.
Oleh itu ramai ibubapa yang bertanyakan tentang kekerapan bayi mereka
menyusu. Kekerapan ini sebenarnya bergantung kepada berat dan umur bayi. Ada
beberapa formula yang digunakan untuk menentukan kuantiti susu formula yang
diperlukan oleh bayi.
Formula 1
Untuk mendapatkan jumlah susu diperlukan oleh bayi
dalam unit oz, “Darabkan berat bayi (dalam unit pound) dengan 2.5”
|
Untuk mendapat bilangan jumlah oz yang diperlukan,perlu merujukkan
ke formula 2.
Sebagai contoh: Bayi yang mempunyai berat 6lb dan berumur 2 bulan,
memerlukan sebanyak 15oz dalam masa 24 jam dan memerlukan antara 3oz-4oz dalam
setiap susuan. Oleh itu bolehlah membancuh susu formula sebanyak 3 oz untuk 8
kali susuan dalam masa 24 jam.
Formula ini hanya menggunakan unit pound, lb (untuk berat)
dan ounce, oz (untuk isipadu).
Formula 2
Formula ini mengikut umur bayi.
UMUR BAYI
|
JUMLAH SUSU YANG DIPERLUKAN SETIAP KALI DIDUDUKAN
|
Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan
|
30ml-60ml (1oz-2oz)
|
Sebulan sehingga dua bulan
|
90ml-120ml (3oz-4oz)
|
Dua bulan sehingga enam bulan
|
120ml-180ml (4oz-6oz)
|
Enam bulan sehingga setahun
|
180ml-220ml (6oz-8oz)
|
Apabila baru mencapai umur enam bulan, selalunya ibubapa digalakkan
memberikan makanan pejal. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 600ml (20oz)
susu sepanjang hari sehingga berumur setahun.
Walau bagaimana pun, formula-formula ini adalah panduan kasar. Lebih baik
bertanyakan kepada doktor pakar paediatrician yang merawat anak. Formula ini
juga tidak sesuai untuk bayi yang dilahirkan secara pramatang dan mempunyai
kekurangan berat badan.
Bagi bayi yang berumur enam bulan ke atas, makanan pejal tidak harus
menggantikan susu sepenuhnya. Susu (susu ibu atau formula) harus diberikan
sehingga berumur setahun. Bayi-bayi ini masih memerlukan susu untuk
menggantikan nutrisi yang kurang dalam pemakanan mereka.
Ibubapa juga harus perhatikan tanda-tanda bayi mereka diberikan susu yang
berlebihan. Antaranya ialah muntah, terutama ketika menangis, melipatkan kaki
ke abdomen dan mengeliatkan badan. Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda
kekembungan. Cara untuk mengurangkan muntah ialah dengan memberikan kuaniti
yang sedikit dalam setiap kali susuan tetapi lebih kerap.
Oleh itu menjadi tugas ibubapa memastikan bayi-bayi mereka mendapat bekalan
susu yang lengkap.
Nak dapatkan Stok Susu Banyak boleh click sini.
Wallahu a’lam.




Posted in: 
