Ini adalah kerana :
- Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
- Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
- Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
- Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
- Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
- Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
- Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol
- Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian
Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?
Paras Piramid Makanan
|
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
|
|---|---|
| Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari Satu hidangan Bijirin:
| ![]() ![]() |
| Paras 2 : Buah dan Sayur Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
| ![]() ![]() |
| Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam:
| ![]() |
| Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari Satu hidangan Susu dan Produk Susu
| ![]() |
| Paras 5: Minyak, Garam dan Gula Saranan sukatan : Kurangkan | ![]() |
Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium
| Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet |
|---|---|
Vitamin A
| Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren |
Vitamin B Kompleks
| Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian) |
Vitamin C
| Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi |
Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?
- Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
- Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
- Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
- Suplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?
- 87 % daripada susu ibu adalah air.
- Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
- Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
- Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.
Jika anda ibu menyusu tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbang, anda disarankan mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus.
Kami menyediakan supplemen lengkap bagi ibu menyusu yang memerlukan nutrien tambahan. Call/sms/whatsapp 013-33390204 Fara Faiz untuk dapatkan konsultasi percuma tentang Supplemen Penyusuan.
Atau boleh layari >> http://www.taukehvitamin.com/p/senarai-set.html
Info : Kementerian Kesihatan Malaysia











Posted in: 
