TIP MENGATASI "MORNING SICKNESS"

" TAHNIAH ANDA HAMIL"
Saat kali pertama dikhabarkan hamil, pastinya perasaan gembira yang tidak terkata.. Rasanya nak beritahu satu dunia yang kita bakal bergelar ibu.Namun setiap setiap kegembiraan ada cabarannya. "Morning Sickness di awal kehamilan" kebanyakan wanita hamil pasti akan merasainya.
Muntah, loya dan mabuk di awal kehamilan sangat mencabar mental dan fizikal bakal ibu. Aktiviti harian anda terganggu sekejap kerana ketidakselesaan dengan masalah ini. Keadaan ini berlaku 3 bulan pertama kehamilan dan ada juga sepanjang kehamilan. Namun sebagai bakal ibu, anda harus redha dan pasrah dalam tempoh 9 bulan kehamilan.
Khas untuk mommies, saya kongsikan Tips Atasi Morning Sickness. Jom ikuti langkah-langkag berikut.
Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.
Langkah 10
Selain itu, anda juga boleh mnegambil SUPPLEMEN terutamanya Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk. 

" Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan uji daripada Allah.Apabila seseorang calon ibu mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah Azza Wa Jalla mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan".
Mudah-mudahan, entry saya kali ini mendapat manfaat untuk anda diluar sana. Dipersilakan share dengan kawan-kawan anda. 

Untuk mencuba supplemen yang mengurangkan "morning sickness" SILA KLIK SINI
Call/ Whatsapp  : 013 -399 0204 (Fara Faiz)
Add Fb : Fara Faiz untuk terus berchatiing dengan saya
Likes Fanpages: Kedai Vitamin Saya untuk dapatkan harga istimewa serta info percuma.
Email : farhana,baharuddin@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by newwpthemes | Thanks to blogger template download, r4 and r4 ds