Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu

penyusuan susu ibu
Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:

1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."
8. "Susu kering sendiri"

emmm...sebenarnya...banyak lg alasan yg x tersenarai kat sini..maklumlah...ruangan pun comel jer..Ibu-ibu semua...percayalah...sebenarnya bukan mudah seperti yang disangka untuk kita menjayakan penyusuan susu ibu ni. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? nak riak ke? nak mendabik dada ke? apa tujuan mereka sebenarnya yer?

Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.

Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya. 

Guna Botol vs Secara Terus

Ramai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak dari awal tempoh pengenalan botol. Perasankah ibu-ibu semua, kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain, ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.

Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.

Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang sering culas dan mencipta pelbagai alasan.

Perspektif Saiz Bayi

Satu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini, tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.

Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."

Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah, asytyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."

Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat? Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.

Ibu-ibu janganlah patah semangat dgn kata-kata tu semua...Walaupun tubuh anak kita yang menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula..Kadang-kadang dipengaruhi oleh faktor lain juga..contohnya. faktor keturunan..mak bapak kecik comel...kecik comel gak la anaknya..Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah, jiwa tenang, produksi pun meningkat, susu pun semakin meriah =)

sumber : Menyusu Si Manja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by newwpthemes | Thanks to blogger template download, r4 and r4 ds