Buat para ibu semua..kemahuan adalah perkara yang paling utama, anda perlu mahu memberi susu ibu dan jangan sesekali anda mengatakan anda TIDAK CUKUP SUSU! Anak manusia seharusnya diberi susu manusia. Adalah hak setiap bayi untuk menikmati susu ibunya sendiri. Saya percaya anak yang diberi susu ibu jauh lebih rapat dengan ibunya. Hubungan penuh kasih dan suci ini TIDAK dapat anda rasai jika anda tidak menyusu. Hubungan ini begitu istimewa dan tidak dapat dijual beli!!! Jom kita sama-sama share KEBAIKAN SUSU IBU sama ada untuk BAYI atau pun untuk IBU...
Faedah-Faedah susu ibu untuk bayi
1.Mengandungi bahan pencegah penyakit
2.Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
3.Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan
4.Mengurangkan risiko kepada alahan
5.Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
6.Kurang masalah pergigian dan ortodontik
7.Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
8.Menggalakka tumbesaran
9.Penghadaman yang mudah
Faedah-faedah susu ibu untuk ibu
1.Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan
2.Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
3.Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
4.Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
5.Menjimatkan masa dan wang
6.Mudah dan tidak perlu persediaan
Wow!!! Begitu banyak kelebihannya...Buat Ibu-Ibu, rancanglah dengan teliti...menyusukan anak adalah hadiah yang paling berharga buat mereka. Bukan mainan atau baju yang mahal yang mereka pinta, cuma merasai kelazatan susu ibu mereka sendiri. Susu ibu tidak ternilai harganya dan saya berharap anda semua dapat merasai nikmat dan kebahagiaan tatkala menyusukan anak anda sendiri!!!




Posted in: 
